Bertindak di atas aduan yang diterima, pegawai penguatkuasa Farmasi telah memperolehi keluaran tradisional "Oyster Plus" dari pengedar keluaran ini untuk dianalisakan. Setelah dianalisakan keluaran ini didapati mengandungi tadalafil sejenis bahan kimia yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional yang boleh memudaratkan pengguna. "Oyster Plus" telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), nombor pendaftaran MAL20040273T. Keluaran ini diimport dari China oleh Global Like Sdn Bhd dan diedarkan oleh Smart Naco Sdn Bhd. Pihak berkuasa di negara China juga telah dimaklumkan mengenai pengesanan tadalafil dalam keluaran tradisional ini. Ubat yang mengandungi Tadalafil hanya boleh dipreskrib oleh doktor untuk lelaki yang menghadapi masalah "erectile dysfunction" (mati pucuk). Pengguna seharusnya tidak mengguna tadalafil tanpa preskripsi doktor sebab ubat ini boleh membawa kesan mudarat kepada pesakit tertentu seperti mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes. Interaksi di antara tadalafil dengan beberapa jenis ubat juga boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti penurunan tekanan darah jika diguna bersama dengan ubat untuk darah tinggi. Berikutan pengesanan tadalafil dalam keluaran berdaftar "Oyster Plus", PBKD telah membatalkan pendaftaran keluaran tradisional ini. Sesiapa yang mempunyai stok keluaran ini dinasihatkan menghentikan penjualan/pengedaran/penggunaan keluaran ini dengan serta merta dan menyerahkan stok kepada Cawangan Penguatkuasa Farmasi di negeri masing-masing. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan keluaran ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-keduanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 50 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-keduanya untuk kesalahan kedua dan kesalahan berikutnya. Syarikat yang terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50 000 untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 100 000 untuk kesalahan kedua dan kesalahan berikutnya. Acting upon a complaint, the pharmacy enforcement has obtained "Oyster Plus" from its distributor to be analysed. The product was tested and found to contain tadalafil, an ingredient that is not allowed in traditional medicines which could be deleterious to the health of the user. "Oyster Plus" is a registered product with the Drug Control Authority (DCA) with registration number MAL20040273T. The product is imported from China by Glabol Like Sdn Bhd and distributed by Smart Naco Sdn Bhd. The China Authority has been informed about the detection of tadalafil in this traditional product. Medicines containing tadalafil can only be prescribed by doctors for men diagnosed with the condition of "erectile dysfunction". The public should not use products containing tadalafil without being prescribed by a doctor as these drugs could cause deleterious effects to certain patients especially those with heart conditions or diabetes. These drugs could also interact with other medicines resulting in serious adverse effects such as the lowering of blood pressure if used together with some antihypertensive drugs. The DCA has cancelled the registration of "Oyster Plus" after the product has been detected to contain tadalafil. Anyone who is in possession of this product is advised to immediately cease selling/distributing/using them and is advised to surrender his stock to the Pharmacy Enforcement Branch in the respective state. Sellers are reminded that possession for sale of this product is an offence under the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984. Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a maximum of RM25,000 or a jail sentence not exceeding 3 years or both for the first offence and a fine not exceeding RM50,000 or a jail sentence not exceeding 5 years for the second or subsequent offences. A company found guilty can be fined up to RM50,000 for the first offence and up to a maximum of RM100,000 for the second or subsequent offences. [ BACK ]
|