Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ingin menasihatkan orang awam untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna keluaran bernama "Orgacare Unik Plus-1". Ini adalah atas sebab keluaran ini telah diuji dan didapati mengandungi sejenis bahan kimia yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional yang boleh memudaratkan pengguna. Melalui program pengawasan mutu di pasaran PBKD telah mengesan keluaran tradisional ini telah dicampur dengan tadalafil. Pensampelan keluaran di pasaran ini telah dipertingkatkan lanjutan daripada kes campur palsu yang pernah berlaku sebelum ini untuk keluaran tradisional untuk melangsing badan. Kebelakangan ini PBKD meningkatkan sistem pemantauan di mana keluaran tradisional yang mempunyai tuntutan untuk kesihatan lelaki diuji untuk memastikan keluaran berdaftar di pasaran adalah bebas dari bahan-bahan yang tidak dibenarkan. Selain dari program pemantauan keluaran di pasaran, PBKD juga mempunyai jaringan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa kesihatan di negara lain. Di dalam konteks yang sama, pihak kementerian telah mendapat maklumat daripada agensi regulatori luar negara bahawa produk "Orgacare Unik Plus-1" yang diimport dari Malaysia telah diuji positif untuk sildenafil dan tadalafil iaitu sejenis bahan kimia yang dikategorikan sebagai racun berjadual. Ubat-ubat yang mengandungi Sildenafil dan Tadalafil hanya boleh dipreskrib oleh doktor untuk lelaki yang menghadapi masalah "erectile dysfunction" (mati pucuk). Pengguna seharusnya tidak mengguna sildenafil atau tadalafil tanpa preskripsi doktor sebab ubat ini boleh membawa kesan mudarat kepada pesakit tertentu seperti mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes. Interaksi di antara sildenafil dan tadalafil dengan beberapa jenis ubat juga boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti penurunan tekanan darah jika diguna bersama dengan ubat untuk darah tinggi. Berikutan pengesanan tadalafil dalam keluaran berdaftar "Orgacare Unik Plus-1", PBKD telah membatalkan pendaftaran keluaran tradisional ini. Sesiapa yang mempunyai stok kedua-dua keluaran ini dinasihatkan menghentikan penjualan/pengedaran/penggunaan keluaran ini dengan serta merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan keluaran ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25 000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-keduanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 50 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-keduanya untuk kesalahan kedua dan kesalahan berikutnya. Syarikat yang terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000 untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 100 000 untuk kesalahan kedua dan kesalahan berikutnya. The Drug Control Authority (DCA) would like to advice the public against buying and using the product "Orgacare Unik Plus-1". This is because the product was tested and found to contain an ingredient, which is not allowed to be used in traditional medicines, and which could be deleterious to the health of the user. Through the post-market surveillance program, the DCA identified that this product has been adulterated with tadalafil. Sampling of products from the market has been increased as a result of the slimming pill issue which occurred in the past whereby several traditional medicines were found to be adulterated. As a result, the Ministry of Health has also strengthened the system for monitoring traditional medicines bearing claims for men's health to ensure that these products are free from adulterants. Apart from its own surveillance program, the DCA has also established a good networking system with regulatory agencies in other countries. Within this context, the ministry has received information from regulatory agencies elsewhere that "Orgacare Unik Plus-1" which was imported from Malaysia were tested positive for sildenafil and tadalafil which are classified as poisons. Sildenafil and tadalafil are medicines which can only be prescribed by doctors for men diagnosed with the condition of "erectile dysfunction". The public should not use products containing sildenafil or tadalafil without being prescribed by a doctor as these drugs could cause deleterious effects to certain patients especially those with heart conditions or diabetes. These drugs could also interact with other medicines resulting in serious adverse effects such as the lowering of blood pressure if used together with some antihypertensive drugs. The DCA has cancelled the registration of "Orgacare Unik Plus-1" after the peroduct has been detected to contain sildenafil. Anyone who is in possession of these two products is advised to immediately cease selling/distributing/using them. Sellers are reminded that possession for sale of these products is an offence under the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984. Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a maximum of RM25,000 or a jail sentence not exceeding 3 years or both for the first offence and a fine not exceeding RM50,000 or a jail sentence not exceeding 5 years for the second or subsequent offences. A company found guilty can be fined up to RM50,000 for the first offence and up to a maximum of RM100,000 for the second or subsequent offences. [ BACK ]
|